Pages

Thursday, 5 March 2015

First Meeting


PERJUMPAAN PERTAMA 3/3/2015 9PM

HARI SEBELUM PERJUMPAAN RASMI PEMBANGUNAN DIRI 2 SET 1 ..PHEWWW

Kumpulan yang terdiri daripada 10 orang pelajar telah ditubuhkan. Kami menamakan kumpulan kami sebagai " BIG 10 HERO ". Inspirasi nama ini berasal dari sebuah animasi yang terkenal iaitu " BIG HERO 6 " dan kami telah mengubah susunan perkataannya menjadi nama kami sekarang. Dalam perjumpaan tersebut, kami telah mengenali antara satu sama lain untuk menjalin hubungan yang baik, kami juga telah berbincang pasal projek yang bakal kami buat. Perjumpaan ini telah tamat pada pukul 11PM. Di bawah ialah senarai ahli kumpulan kami.

Ahmad Faizzudin Bin Farris A147983
Soo Shih Sheng A144502
Amanda Priscilla Lim A147524
Syahirah Binti Mohd Ariffudin A148750
Nurdiana Farhana Binti Buang A147966
Naqibah Fatini Binti Ibrahim A148795
Zhafri Bin Zamkhuri A148043
Chong De Jing A151118
Wong Jun Xiang A150631
Lim Wen Xing A151124




PERJUMPAAN RASMI PEMBANGUNAN DIRI 2 SET 1 4/3/2015 2PM

Pada hari tersebut, kami telah membuat perbincangan dan telah membuat keputusan untuk menghasilkan satu produk bersempena dengan tema " Sharing and Caring ". Produk yang kami bercadang untuk dihasilkan ialah cecair detergen yang diperbuat daripada bahan organik. Projek ini adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat tentang  kepelbagaian gunaan  bahan kitar semula seterusnya menerapkan  rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap alam sekitar dan kesihatan masyarakat.  Dalam projek ini , kami memilih bahan organik seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan. Bahan-bahan ini kemudiannya akan diperap. Bahan-bahan yang telah diperap ini kemudiannya akan terdiri daripada dua bahagian iaitu cecair (enzim) dan bahan endapan. Bahan endapan ini kemudiannya akan dijadikan baja manakala bahan cecair iaitu enzim akan diproses untuk dijadikan sabun supaya boleh digunakan sebagai bahan cuci untuk alatan memasak, pembersihan rumah dan pembersihan diri.
Selain itu, kami juga telah membahagikan kerja.

Keadaan semasa melakukan perbincangan^^






Kami semua gembira dengan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan oleh setiap dari ahli kumpulan Big10Hero. Kami harap projek kami akan berjalan dengan jayanya.

Sekian, terima kasih.
Do read our next posts!
^.^
-Wong Jun Xiang-

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com