Pages

Saturday, 9 May 2015

MISSION COMPLETE !!!!^^

Kesimpulan untuk tugasan pada kali ini adalah tugasan disempurnakan dengan jayanya. Produk yang kami hasilkan adalah cecair detergen yang dihasilkan daripada enzim buah-buahan. Objektif kami adalah untuk mendedahkan kepelbagaian kegunaan enzim buah-buahan kepada masyarakat, meningkatkan kesedaran dalam diri masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar, mengurangkan kegunaan bahan kimia yang mendorong kepada kemusnahan alam sekitar, mengasah kreativiti mahasiswa untuk berinovasi dan menggalakkan masyarakat untuk mengurangkan pembelanjaan rumah dengan menghasilkan bahan pencuci di kediaman sendiri. Kami telah berjaya dalam memenuhi kesemua objektif tersebut.

Semasa menjalankan penghasilan produk di kafeteria Kolej Tun Syed Nasir, orang ramai terutamanya pelajar-pelajar UKM tertarik kepada apa yang kami lakukan dan bertanya kepada kami. Apabila kami menjelaskan bahawa kami sedang menghasilkan enzim mereka berasa terkejut kerana kebanyakan daripada mereka tidak tahu bahawa enzim buah-buahan boleh dihasilkan oleh tangan manusia sendiri dan mempunyai begitu banyak kegunaan termasuk boleh dijadikan baja, minuman, cecair detergen dan lain-lain lagi. Kami juga memberitahu keburukan yang ada pada cecair detergen yang ada di pasaran sekarang dan menjelaskan kepada mereka enzim buah-buahan merupakan produk yang mesra alam, tidak akan menimbulkan masalah kesihatan dan selamat diguna.

Inilah muka-muka yang penuh dengan kepuasan setelah mendengar penjelasan tentang produk kami.





 Written by : Chong De Jing

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com