Pages

Sunday, 10 May 2015

Refleksi Zhafri Zamkhuri

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Sepanjang melaksanakan projek di bawah kursus citra Pembangunan Diri II terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan iktibar dan penambahbaikan pada diri saya sendiri yang boleh diterapkan untuk kegunaan masa hadapan lebih- lebih lagi setelah menjejakkan kaki di alam pekerjaan. Perkara perkara tersebut adalah:

1. Kita sentiasa diberi peluang dan berhak untuk menyuarakan pendapat dan melontarkan idea bagi          penambahbaikan dalam kumpulan.

2. Persefahaman dan hubungan yang baik antara ahli kumpulan merupakan satu elemen yang penting     bagi mencapai kejayaan dalam sesuatu objektif dan sebarang perselisihan fahaman haruslah                 diselesaikan secara terus dan berdiplomatik.

3. Kita haruslah berfikir secara kritis dan kreatif bagi mendapatkan hasil yang seperti diharapkan             malahan lebih lagi daripada yang dijangkakan.

4. Kurang kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia berkenaan masalah kesihatan dan alam sekitar        yang dihadapi pada era globalisasi ini.

5. Bahan semulajadi boleh digunapakai sehingga meninggalkan sifar bahan buangan seperti contoh,       kulit oren yang digunakan untuk menghasilkan cecair enzim boleh diperah sehingga kering dan            digunakan untuk membaja pokok.

6. Terdapat banyak cara penjimatan yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia bagi mengurangkan          perbelanjaan rumah.

 Setiap yang baik pasti ada keburukannya dan cara mengatasinya, oleh itu terdapat beberapa perkara yang dapat saya perbaikkan kelemahan yang terdapat dalam diri saya antaranya ialah:

1. Kekerasan kepala untuk mendengar arahan ketua kumpulan dan cara untuk mengatasinya adalah          melatih diri supaya sentiasa menerima arahan dan menilai arahan tersebut supaya tidak                        menurutnya secara membabi buta.

2.  Merasakan tidak banyak menyumbang kepada kerja kumpulan dan cara untuk mengatasinya                adalah dengan cara membahagikan dan menyediakan masa dengan lebih baik untuk                               menyumbangkan lebih banyak manfaat kepada kumpulan.

3.   Kurang berpengetahuan tentang produk yang akan dikeluarkan dan cara untuk mengatasinya               adalah dengan cara lebih banyakkan membaca demi menambahkan lebih banyak ilmu am.

Seterusnya, ingin saya berkongsi refleksi saya terhadap projek, pensyarah dan ahli kumpulan serta perangkuman projek terhadap empat elemen pembangunan diri, semasa berlakunya projek ini seharusnya terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi oleh ahli kumpulan kami dan telah kami atasi dengan baik. Secara alwalnya kami berasa skeptik terhadap projek kerana memerlukan masa yang panjang untuk menyelesaikannya namun kami telah berjaya memenuhi masa yang diperuntukkan. Seterusnya, pandangan terhadap pesnyarah adalah amat baik kerana beliau cuba dan sentiasa membawa pembaharuan terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran dan memilih dengan cara yang agak unorthodox iaitu dengan menggunakan blog bagi pembuktian kursus. Selain itu, ahli kumpulan pula memberikan kerjasama dengan baik dan mempunyai percampuran kaum yang dapat mengeratkan hubungan antara kami walaupun agak janggal pada awalnya dan ini juga merangkumi salah satu elemen pembangunan diri iaitu komuniaksi efektif.



Akhir sekali, Jika perlu meletakkan segala pengalaman dan kelemahan diri sendiri, tidak mencukupi untuk meletakkannya secara tulisan dan segala ilmu yang dituntut di alam universiti ini haruslah dipratikkan  dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan masa hadapan. Sekian, Terima Kasih.



No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com