Pages

Sunday, 10 May 2015

Refleksi Syahirah Ariffudin :)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Saya amat berbangga dengan projek yang kami telah usahakan untuk subjek Pembangunan Diri II ini kerana ianya sungguh menarik sekiranya dipasarkan di luar sana. Refleksi yang saya dapat dari projek kami ini adalah walaupun  memerlukan sedikit usaha dan masa dalam mendapatkan hasil cecair detergent tetapi ianya tidak mustahil demi mendapatkan satu produk yang menjimatkan perbelanjaan, mesra alam sekitar dan bagus untuk yang berkulit sensitif. Apa yang boleh diperbaiki pada projek kami ialah pembungkusan cecair detergent supaya nampak lebih menarik dan mempelbagaikan jenis buah-buahan yang difermentasikan.

Refleksi tentang ahli kumpulan saya iaitu big 10 hero kebanyakkannya adalah yang positif kerana saya berasa senang berkerjasama dengan semua 9 ahli yang lain. Semua orang telah mengambil bahagian masing-masing dalam menjayakan projek ini. Walaupun ada sedikit masalah dan salah faham yang timbul antara kami tetapi kami telah menanganinya dengan baik. Antara perkara yang boleh diperbaiki dalam ahli kumpulan kami ialah pembahagian tugas yang sama rata secara adil dan saksama supaya tiada ketidakpuasan hati mana-mana pihak.

Manakala, refleksi kepada hasil pembelajaran dan pengajaran juga adalah positif. Pensayarah kami Puan Fatin Hazwani telah banyak memberi tunjuk ajar tentang pekara yang perlu dibuat seterusnya sentiasa mengingatkan kami untuk mengemaskini laman blog kami. Malah sikap beliau yang mesra dengan pelajar juga amat disenangi oleh semua pelajar. Hasil pengajaran dan pembelajaran untuk subjek ini membuatkan kami membuat kerja mengikut urutan yang betul.

Seterusnya refleksi dari segi 4 elemen Pembangunan Diri iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kepimpinan dan kerja berpasukan serta pengurusan dan pembelajaran sepanjang. Kesemua elemen diatas dapat diterapkan melalui projek yang telah kami usahakan ini. Contohnya, kemahiran komunikasi telah dapat ditingkatkan dimana apabila kami memproses enzim tersebut di cafe, orang yang lalu-lalang bertanyakan tentang produk kami. Dari sini, kami dapat belajar cara menjelaskan sesuatu produk kepada para pengguna yang masih tidak tahu kewujudan cecair detergent dari buah ini. Elemen pemikiran kritis dan penyelesaian masalah juga telah dapat diterapkan dalam diri kami melalui projek ini kerana memikirkan sesuatu diluar kotak seperti cecair detergent adalah tidak mudah dan cara penyelesaian masalah tentang masalah yang dihadapi juga telah kami pelajari.

Kesimpulannya, projek yang kami jayakan untuk subjek Pembangunan Diri II ini sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat dan semoga masyarakat terus mendapat pendedahan tentang cecair detergent daripada enzim buah ini. Dari projek ini juga, banyak nilai murni serta sifat kepimpinan yang dapat dipelajari sedikit demi sedikit. Sekian terima kasih.

Written By : Syahirah Binti Mohd Ariffudin

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com