Pages

Friday, 27 March 2015

MARI KITA MULAKAN^^ PERCUBAAN KALI KE-2 PENYEDIAAN PRODUK

Tarikh         : 26 March 2015
Masa           : 7 PM
Tempat  : Kafeteria, Kolej Tun Syed Nasir
Ahli yang hadir : Semua ahli hadir.

Kami telah berkumpul di kafeteria, Kolej Tun Syed Nasir. Bahan-bahan seperti sepuluh biji oren dan lemon segar serta gula merah telah kami sediakan. Selain itu, kesemua peralatan-peralatan yang diperlukan seperti botol plastik, pisau, papan pemotong, sudu, kain pun telah disediakan.
Semua ahli telah memberi kerjasama yang padu semasa aktiviti penyediaan enzim. Berikut merupakan teknik-teknik yang kami telah kami gunakan untuk menghasilkan enzim buah-buahan.

Cara-cara :
1. Bersihkan buah oren dan lemon yang telah beli dan bekas yang digunakan untuk fermentasi.
2. Hiriskan buah-buahan tersebut.
3. Susunkan dengan kemas hirisan buah ke dalam bekas yang telah disediakan.
4. Gula perang ditaburkan pada setiap lapisan buah.
5. Selepas semua hirisan buah tersebut disusun tutupkan bekas tersebut.
6. Bekas tersebut dibiarkan pada suhu bilik selama 1 bulan.
7. Selepas 1 bulan hasil fementasi akan dikumpulkan dan hasil produk akan dipromosikan kepada           warga Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), UKMKL.
          Berikut merupakan gambar ahli kumpulan kami yang gigih bekerjasama dalam proses penghasilan produk. 

Written by : Syahirah Ariffudin & Naqibah Fatini
Editted by : Nurdiana Farhana
Credit for photos : Zhaffri Zamkhuri



No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com