Pada minggu ke-5, 25 March yang lalu, perjumpaan Pembangunan Diri Set set 2 di Dewan Kuliah 2 telah dibatalkan dan diganti dengan perbincangan melalui Facebook.
" U GUYS BER FB DGN SAYA DI MANA NI? " Status pensyarah yang agak mencuit hati kami telah menambahkan lagi semangat kami untuk malakukan perbincangan melalui Facebook (FB) yang mana kami tidak pernah cuba sebelum ini.
Pada pendapat saya, perbincangan melalui rangkaian media sosial seperti yang telah dilakukan oleh Puan Fatin Hazwani adalah sangat berkesan. Hal ini kerana, sambil melakukan interaksi bersama Puan Fatin melaui FB, kami juga boleh mengemaskini laporan aktiviti produk yang dihasilkan. Di samping itu, kami juga boleh berbincang untuk membaik pulih produk yang dihasilkan. Proses memuat naik material atau bahan yang perlu dihantar kepada Puan Fatin juga boleh dilakukan dengan efisien kerana kami boleh memastikan kelancaran rangkaian internet yang kami gunakan.
Melalui perbincangan di FB, pengarah syarikat kami, Wong Jun Xiang telah berinteraksi dengan Puan Fatin Hazwani berkenaan kertas kerja kumpulan kami. Komunikasi dua hala yang berkesan dapat dilihat melalui gambar di bawah:-

Selain itu, saya, Nurdiana Farhana juga telah berkomunikasi dengan Puan Fatin Hazwani berkenaan gerak kerja yang telah dirancang dan dijalankan oleh kumpulan kami. Gerak kerja yang efektif adalah sangat penting dalam memastikan kelangsungan perjalanan penghasilan produk. Interaksi saya bersama Puan Fatin Hazwani menambahkan lagi keyakinan terhadap gerka kerja yang perlu kami lakukan. Puan Fatin Hazwani juga gembira dengan gerak kerja yang telah dilakukan oleh kumpulan kami sehingga beliau tersenyum di hujung bicaranya di FB(boleh lihat gambar di bawah).
Written by : Wong Jun Xiang & Nurdiana Farhana
Editted by : Nurdiana Farhana
Credit for photos : Wong Jun Xiang
No comments:
Post a Comment