Setelah mencari matlumat yang berkaitan, kami dapati bahawa pelbagai jenis buah-buahan boleh digunakan untuk menghasilkan enzim dan terdapat kegunaan yang berlainan seperti enzim minuman, enzim sampah dan enzim perubatan. Di sini, kami bercadang untuk menghasilkan enzim minuman. Kami ingin menghasilkan enzim minuman ini disebabkan ia mengambil masa yang lebih pendek berbanding dengan enzim sampah. Walaupun ia digelar sebagai enzim minuman, selain daripada digunakan sebagai cecair detergen, ia juga selamat diminum dan kegunaannya dapat membantu proses penghadaman.
Dalam tugasan ini, bajet penghasilan kami adalah tidak melebihi RM50. Salah satu keistimewaan cecair detergen yang kami hasilkan untuk tugasan ini adalah ia tidak memerlukan wang yang banyak kerana bahan yang kami gunakan sangat mudah untuk didapati di mana- mana sahaja . Bahan yang kami perlukan adalah berikut :
1. Buah-buahan
2. Pisau
3. Bottle plastik
4. Gula perang
5. Papan pemotong
Ahli-ahli kumpulan telah melakukan perbincangan yang aktif dan telah memberi beberapa cadangan dalam pimilihan buah-buahan untuk penghasilan cecair detergen kami ini. Antaranya ialah :
1. Epal
2. Nanas
3. Lemon
4. Betik
5. Buah naga
6. Oren
7. Strawberi
Written by : Naqibah Fartini
Editted by : Nurdiana Farhana
No comments:
Post a Comment