Pages

Sunday, 12 April 2015

PENGENALAN KEPADA ENZIM CECAIR

        

     Bahan pencuci atau detergen domestik yang mempunyai kandungan bahan kimia yang tinggi acap kali menimbulkan ketidakselesaan kepada para pengguna, Hal ini kerana, bahan kimia tersebut memberi impak yang negatif , lebih-lebih lagi pada para pengguna yang memiliki masalah kulit sensitif seperti alahan dan iritasi. Selain itu, penggunaan bahan pencuci domestik yang mengandungi bahan kimia yang tinggi turut membawa kepada peningkatan masalah pencemaran alam. Oleh itu, kami telah sebulat suara untuk mengambil inisiatif mengeluarkan satu produk pencuci yang hanya menggunakan bahan organik dan mesra alam. Sasaran utama kami adalah warga Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM).

OBJEKTIF


1- Mendedahkan kepelbagaian kegunaan enzim kepada masyarakat.
2- Meningkatkan kesedaran dalam diri masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar.
3- Mengurangkan kegunaan bahan kimia yang mendorong kepada kemusnahan alam sekitar.
4- Mengasah kreativiti mahasiswa untuk berinovasi.
5- Menggalakkan masyarakat untuk mengurangkan perbelanjaan rumah dengan menghasilkan bahan       pencuci di kediaman sendiri.

Written by : Nurdiana Farhana

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com