Pages

Sunday, 12 April 2015

ASPEK TEKNIKAL

Penghasilan cecair detergen daripada enzim buah-buahan.

Cecair detergen adalah produk cecair hasil daripada proses penapaian atau fermentasi yang serbaguna. Ia merupakan larutan atau ramuan kompleks yang dihasilkan oleh penguraian segar dari dapur seperti buah-buahan, gula perang dan air. Hasil daripada fermentasi berikut adalah cecair pelbagai guna dan penggunaannya meliputi kegunaan di rumah, aktiviti pertanian, aktiviti penternakan haiwan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kumpulan kami mengambil inisiatif untuk mempraktikkannya di sekitar Kolej Tun Syed Nasir, UKM.

Antara keistimewaan cecair detergen daripada enzim buah-buahan :
1- Menjimatkan wang ringgit dengan menukarkan sisa dapur kepada pembersih rumah semuljadi.
2- Kegunaan yang pelbagai seperti:-
       -Pembersih penapis udara
       -Menyahkan bau busuk
       -Racun serangga
       -Detergen 
       -Penjagaan badan
       -Penjagaan kereta
       -Baja organik
3- Mengurangkan pencemaran.
4- Gas metan yang dikeluarkan daripada sampah dapur yang dibuang boleh memerangkap panas atau haba 21 kali lebih banyak berbanding dengan karbon dioksida, CO2, yang juga penyumbang kepada pemanasan sejagat.
5- Menapis air bawah tanah. Enzim yang mengalir di bawah tanah dengan semulajadi menapis aliran air sungai dan laut.
6- "Antiseptik" (pembunuh virus dan bakteria) semulajadi untuk rumah kediaman.
7- Mencegah saluran kumbahan daripada tersumbat.
8- Menyuburkan tanah untuk aktiviti pertanian.

Proses fermentasi bermula dengan pemerapan atau penapaian sisa bahan organik. Proses pemangkinan (catalyst) kemudian membebaskan gas ozon, penukaran ammonia kepada nitrat (NO3), iaitu sejenis hormon semulajadi dan bahan makanan untuk tumbuh-tumbuhan serta kehidupan laut. Molekul tersebut kemudiannya bertindak balas dengan gas karbon dioksida di lapisan atmosfera serta logam berat yang memerangkap haba di dalam awan sekaligus haba dapat dibebaskan dari muka bumi. Hal ini kemudiannya akan mengurangkan kesan rumah hijau dan pemanasan global.

Written by: Wong Jun Xiang
Edited by: Nurdiana Farhana

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com