![]() |
logo Big 10 Hero |
Untuk poster kami pula adalah seperti gambar dibawah. Poster ini merangkumi aspek-aspek yang kami ingin menunjukkan dalam produk kami. Iaitu produk kami diperbuat daripada kasih sayang dan juga daripada buah-buahan sebenar. Jadi semua barangan dalam produk kami ini adalah semulajadi. Selain itu, dalam poster ini saya juga telah menyatakan bahawa cecair detergen kami ini mudah diperbuat kerana hanya memerlukan pelbagai jenis buah-buahan serta gula merah. Kami tidak meletakkan harga pada poster ini kerana kami tidak menjual cecair detergen ini. Sebaliknya, kami memberi semua cecair detergen kami kepada semua lapisan masyarakat secara percuma. Saya ulang, kami memberi produk kami ini secara PERCUMA. Kami tidak mahu meraih keuntungan daripada produk ini. Hal ini kerana kami hanyalah membuat produk ini dengan niat tulus dan ikhlas untuk memberi kasih sayang kami. Selain daripada memberi produk kami secara percuma, kami juga akan mengajar kepada semua lapisan masyarakat cara-cara membuat cecair detergen ini juga dengan harga RM0.00. Bak kata pepatah Bahasa Inggeris, "Give a man a fish and he will eat for a day, but teach a man to fish he will eat for a lifetime". Pepatah ini menyatakan bahawa jika kami mengajar masyarakat cara-cara untuk melaksanakan produk ini mereka bolehlah membuat produk ini dirumah tanpa menunggu kami untuk membeli daripada kami.
Written by: Ahmad Faizzudin
No comments:
Post a Comment