Pages

Wednesday, 6 May 2015

SENTUHAN TERAKHIR UNTUK PRODUCT KITA^^

Tarikh         : 5  May 2015
Masa          : 7PM
Tempat       : Kafeteria, Kolej Tun Syed Nasir
Ahli yang hadir : Semua hadir kecuali Lim Wen Xing dan Chong De Jing

Kami telah berkumpul di Kafeteria, Kolej Tun Syed Nasir. Tujuan pada hari itu adalah untuk memasukkan produk kami iaitu cecair detergen daripada enzim buah-buahan ke dalam bekas botol air. Kami berasa sangat teruja kerana setelah menunggu kian lama, akhirnya produk kami telah pun siap. Semasa kami membuka bekas-bekas yang mengandungi enzim buah-buahan itu, ia mengeluarkan bau yang sangat kuat dan ini merupakan penunjuk kepada kami bahawa produk kami telah matang dan sedia untuk digunakan.

Kami telah memerah sisa-sisa buah-buahan supaya setiap titik enzim buah-buahan ini telah dimasukkan ke dalam bekas botol air. Kami juga telah mengumpul sisa-sisa buah-buahan itu menjadi bentuk berbola untuk dijadikan sebagai baja semula jadi. Setiap ahli kumpulan yang hadir telah memberi kerjasama yang sepenuhnya. Ada yang memerah sisa buah-buahan, ada yang memasukkan enzim buah-buahan ke dalam bekas botol air, ada yang mencuci peralatan dan ada yang mempromosikan cecair detergen daripada buah-buahan kepada pelajar-pelajar UKM dan juga peniaga di Kafeteria.

Perjumpaan ini tamat pada pukul 10PM.


Written by : 

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com