Pada 6 Mei 2015, kami telah mengadakan pembentangan produk kami di dewan kuliah 2.
Mula-mulanya, kami berasa sedikit cemas apabila pensyarah kami, Puan Fatin memberitahu kami bahawa kami adalah kumpulan ketiga untuk membentang.Kira-kira 20 minit selepas kumpulan 1 dan 2 membentang, tibalah masa untuk kami. Semua ahli kumpulan kami pergi ke pentas hadapan untuk membentangkan produk kami.
Kami telah memulakan pembentangan kami dengan serangkap pantun yang telah menarik perhatian semua orang. Selepas itu, kami menerangkan logo kami dan konsep kami " Love to share, Share to Care". Kami juga menerangkan cara melahirkan cecair detergen yang diperbuat daripada enzim buah-buahan dan juga kebaikan produk kami. Kebaikan produk kami adalah ekonomikal, mesra alam kerana diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi, meminimumkan pencemaran alam sekitar dan juga mengurangkan perbelanjaan di rumah.
Selain itu, kami juga menfokuskan pembentangan kami dalam objektif produk enzim kami. Objektif kami ialah dapat mendedahkan kepelbagaian gunaan enzim kepada masyarakat. Di samping itu, ini juga dapat meningkatkan kesedaran dalam diri masyarakat tentang kepentingan menjaga alam sekitar dan mengurangkan kegunaan bahan kimia yang mendorong kepada kemusnahan alam sekitar.
Selepas pembentangan kami, kami mengambil produk enzim kami dan memberikannya kepada semua pelajar untuk lihat. Tambahan pula, kami juga menghadiahkan produk kami kepada Puan Fatin.
Walaupun produk kami tidak secantik seperti produk detergent yang sedia ada dalam pemasaran, tetapi kami berasa bangga kerana produk kami merupakan produk yang dihasilkan oleh semua ahli kumpulan kami dan produk ini amat bermakna kepada kami.
Bak kata pepatah " Bagai aur dengan tebing" kami amat menghargai peluang kali ini untuk bekerjasama antara satu sama lain supaya produk kami dapat dilahirkan. Benda yang paling berharga yang kami memperoleh melalui projek ini ialah " persahabatan".
Written by: Chong De Jing
No comments:
Post a Comment