Pages

Sunday, 10 May 2015

Refleksi Diana


Jika hendak diceritakan tentang pengalaman yang ditimba sepanjang menjalankan peojek "Love to Share, Share to Care" ini, satu kalam pun tdak akan dapat habis diceritakan. Walaubagaimanapun, banyak yang telah saya pelajari sepanjang projek ini berlangsung.

Perkara yang dipelajari:

1.  Dalam melakukan akivitiberkumpulan, kepercayaan terhadap setiap ahli kumpulan adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran perjalanan projek.
         Contoh: Setelah kumpulan ditubuhkan, setiap satu daripada kami diberikan jawatan dan tanggungjawab untuk dijalankan. Untuk menjadi kumpulan yang teguh, kami perlulah percaya akan kewibawaan ketua kumpulan yang telah kami pilih.

2.  Keberanian dalam mengambil risiko semasa membuat sesuatu keputusan adalah sangat diperlukan lebih-lebih lagi pada saat-saat genting.
         Contoh: Semasa perjumpaan berama Puan Fatin Hazwani , kami diminta untuk berbincang dan hadir dengan satu produk yang lain daripada yang lain. Setelah berbincang, kami satu kumpulan sebulat suara, bersepakat untuk menghasilkan produk pencuci daripada bahan enzim. Risiko yang saya maksudkan di sini adalah tentang tahap keberhasilan produk kami. Hal ini kerana, saya dan ahli-ahli kumpulan tidak mempunyai pengalaman dalam menghasilkan produk ini. Walaubagaimanapun, produk tersebut telah berjaya dihasilkan.

3.  Amanah, bertanggungjawab serta berfikiran kritis dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan oleh ketua kumpulan.
          Contoh: Setiap daripada ahli mempunyai tanggungjawab yang perlu dilakukan. Antaranya adalah mengemaskini aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di blog, proses-proses penyediaan produk seperti mencari bahan dan memotong, menyusun serta menyimpan produk untuk proses fermentasi. Penghasilan video testimoni produk yang dihasilkan turut menjadi salah satu skop kerja yang telah diamanahkan oleh ketua kumpulan dan ianya berjaya dihasilkan. Memandangkan ahli kumpulan saya tiada pengalaman menggunakan blog, oleh itu, saya juga telah berjaya menghasilkan blog  yang menjadi pusat perkongsian maklumat produk dan aktiviti kami dengan menggunakan kemahiran yang saya peroleh.

Masalah yang dihadapi:

1.  Kemahiran menggunakan Adobe Photoshop untuk penghasilan poster.
          Contoh: Saya telah ditugaskan sebagai Pegawai Pemasaran I. Antara tugasan yang perlu dilakukan adalah untuk menghasilkan poster untuk produk kumpulan kami. Walaubagaimanapun, saya kurang pengetahuan tentang menggunakan Photoshop bagi menghasilkan poster. Saya cuma mampu memberi sumbangan kepada Pegawai Pemasaran II idea dan gambar serta ilustrasi yang boleh digunakan sebagai bahan membuat poster tersebut.

2.  Masalah komunikasi dua hala.
         Contoh: Beberapa tugasan yang diberikan tidak jelas dan ddiberi penerangan secara rawak. Mungkin berlaku salah fahaman tentang pembahagian kerja yang perlu dilakukan.

Perkara yang boleh diperbaiki:

1. Meningkatkan lagi kemahiran dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang boleh membantu dalam menjayakan projek pada masa akan datang.
2. Sentiasa menyiapkan kerja tepat pada waktu yang ditetapkan dan tidak bertangguh dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
3.  Memantapkan lagi komunikasi dua hala dalam ahli kumpulan supaya dapat meningkatkan lagi proses penghasilan produk.


No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com