REFLEKSI
PEMBANGUNAN DIRI II
Bagi refleksi tugasan
atau projek ini, saya mendapati bahawa keseluruhan projek ini telah berjalan lancar
dengan kerjasama daripada semua ahli kumpulan. Projek penghasilan sabun enzim
daripada daripada buah buahan ini merupakan pengalaman pertama saya untuk
menghasilkannya. Pada mulanya saya agak kurang yakin dengan idea ini, tetapi
setelah mendengar penerangan daripada Pengarah kumpulan kami iaitu Wong Jun
Xiang saya yakin bahawa produk ini mampu dilaksanakan. Proses penghasilan produk ini telah mencapai tahap yang sangat memuaskan dan berjaya mencapai
sasaran kami. Sabun yang dihasilkan mampu menghilangkan kesan minyak di atas
pinggan yang kotor setelah kami sendiri mencubanya.
Secara
berkumpulannya, saya amat berbangga dengan kumpulan ini iaitu BIG 10 HERO.Walaupun
sering mengalami kekangan masa untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan
serta penghasilan projek, namun kami mampu mengatasinya. Disebabkan banyaknya
program lain, kami semua mengambil inisiatif dengan membahagikan tugas mengikut
kesesuaian ahli kumpulan. Selain itu, tiada masalah komunikasi atau kecelaruaan
melainkan di whatsapp jika intepretasi salah.
Selain
itu, keberhasilan dan keberkesanan produk ini juga adalah dengan hasil tunjuk
ajar dari pensyarah, Puan Fatin Hazwani. Beliau telah memberikan beberapa
cadangan yang bernas untuk menaiktaraf penghasilan sabun ini. Di samping itu,
beliau juga telah memberikan komen yang kritis dan membina untuk produk kami.
Bagi pembelajaran dan pengajaran kami mampu memahami apa yang dipelajari dengan
mudah. Input mengenai pembangunan diri II ini juga mudah di terima dan mendapat
kesan di dalam diri kami. Teknik pengajaran juga sangat berkesan untuk menarik
perhatian pelajar bagi subjek ini.
Berdasarkan
elemen yang diterapkan di dalam pembangunan diri II ini,
· 1.
Komunikasi.
Kemahiran komunikasi dapat ditingkatkan di
kalangan ahli
kumpulan.
- Contohnya komunikasi secara terus dapat
menyampaikan maklumat yang tepat.
- Komunikasi melalui laman sosial seperti
whatsapp yang memerlukan etika dan cara yang betul bagi tidak tersalah
intepretasi maklumat.
·
2. Pemikiran kritis dan saintifik
- diaplikasikan di mana kami memikirkan
cara pembuatan sabun tanpa menggunakan bahan kimia dan bagaimana ia boleh memberikan kesan.
·
3. Pembelajaran sepanjang hayat
- teknik ini dapat di gunakan di masa akan
datang dan menjimatkan kos dan ia boleh diaplikasikan dan di ajar kepada
masyarakat.
·
4. Keimpinan dan penyelesaian masalah
- Melalui tugas yang telah dibahagikan dan
bahagian yang harus dilakukan, setiap ahli mampu memimpin kumpulan agar dapat
menyelesaikan tugasan pada masa yang ditetapkan.Penyelesaian masalah dapat
dipraktikkan bagi mengatasi kesulitan yang terjadi.
Kesimpulannya,
Pembangunan Diri II ini mampu menjana pemikiran yang kritis dan meningkatkan
lagi prestasi dan kebolehan yang ada di dalam diri. Selain itu, ia juga menguji
kemampuan diri dan melatih diri agar
dapat menguruskan masa dengan pembelajaran dan penghasilan projek. Harapan saya
agar teknik pembelajaran di dalam subjek ini dapat dikekalkan kerana ia
merupakan satu platform untuk pelajar mengembangkan minda dan daya pemikiran.
written by : NAQIBAH FATINI
No comments:
Post a Comment