Pages

Sunday, 10 May 2015

Refleksi Faizzudin

Dalam beberapa minggu ini, saya telah diberikan tugas untuk membuat poster bagi produk kami iaitu cecair detergen yang diperbuat daripada buah-buahan. Dalam minggu ini juga ada beberapa perkara penting yang saya pelajari dan juga beberapa masalah yang dihadapi.

Perkara yang dipelajari:

  1. Saya dapat tahu cara-cara menggunakan Adobe Photoshop dengan mudah. Walaupun saya hanya belajar secara "basic" sahaja tetapi ia cukup untuk menanam minat saya dengan aplikasi tersebut.
  2. Dalam sesuatu kumpulan, pembahagian kerja haruslah adil dan saksama. Selain itu, setiap ahli kumpulan haruslah tahu job skop masing-masing berdasarkan jawatan yang diberi dan setiap ahli kumpulan haruslah bekerjasama.

Masalah yang dihadapi:
  1. Pelbagai perkara yang saya tidak tahu seperti cara-cara untuk menggunakan aplikasi Photoshop
  2. Komunikasi di antara ahli kumpulan di mana beberapa orang tidak dapat memahami arahan mungkin disebabkan masalah mengintepresasi sesuatu
Perkara yang boleh dinaik tarafkan:
  1. Perlu mengadakan lebih banyak berjumpa muka ke muka untuk menyelesaikan beberapa masalah komunikasi yang berlaku
  2. Tidak menangguhkan kerja untuk mengelakkan kelam kabut semasa membuat kerja
Beserta dengan beberapa perspektif iaitu refleksi terhadap projek, pensyarah, ahli kumpualan dan termasuklah 4 elemen pembangunan diri.

Pertama sekali, refleksi terhadap projek kami iaitu menghasilkan cecair detergen dari buah-buahan. Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui jika produk ini betul-betul dapat menjadi cecair detergen yang boleh diguna. Tetapi dengan perspektif yang positif kami dapat melaksanakan produk ini dengan kuantiti yang banyak dan berkualiti. Daripada produk ini, saya telah mempelajari bahawa kita boleh membuat cecair detergen dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang tidak akan  menjejaskan kesihatan atau merosakkan kulit.

Kedua, refleksi terhadap pensyarah. Pensyarah yang menolong dan mementorkan kumplan kami ialah Pn Fatin Hazwani. Belaiu banyak menolong dan menasihati kami. Apabila kami memerlukan pertolongan, beliau tidak pernah tidak menolong kami. Beliau juga mudah untuk dihubungi. Belaiu snetiasa akan membalas message kami dari segi e-mel mahupun komen di laman sosial Facebook. Konklusinya, Pn. Fatin merupakan pensyarah yang sangat komited dan sangat baik hati dalam menolong pelajar-pelajarnya berjaya dalam hidup.

Seterusnya, rekleksi terhadap ahli kumpulan. Dalam beberapa minggu yang telah saya hadapai dengan ahli-ahli kumpulan saya, pelbagai halangan dan cabaran kami hadapi. Dengan semua cabaran yang dihadapi, saya percaya ahli kumpulan saya terdiri daripada orang-orang yang berkaliber dan berpotensi untuk menjadi seorang pemimpin kepada ahli kumpulan, masyarakat dan juga negara. Konklusinya, saya sangat selesa bekerja dengan mereka kerana semua memberi komitmen 100% dalam menjayakan produk ini.

Akhir sekali, refleksi dari segi 4 elemen pembangunan diri iaitu komunikasi efektif, pemikiran kritis dan kreatif, pembelajaran sepanjang hayat dan kepimpinan dan kerja berpasukan. Terbuktilah sepanjang proses membuat produk ini, saya dapat implemen kesemua elemem pembangunan diri. Konklusinya, projek untuk kursus ini dapat mengasahkan elemen-elemen penting bagi membangunkan diri kita.

Secara konklusinya, saya harap projek ini dapat berjalan walaupun kursus ini telah tamat. Hal ini kerana objektif utama untuk melaksanakan produk ini ialah untuk mendidik masyarakat untuk menggunakan produk yang semula jadi dan tidak menjejaskan kesihatan.

  • Written by: Ahmad Faizzudin

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com