Pages

Sunday, 10 May 2015

Refleksi Shih Sheng

Refleksi projek
saya berasa idea projek ini adalah sangat baik dan bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat. Ini kerana sekarang adalah zaman dimana pemeliharaan alam sekitar digalakkan. Oleh itu, penghasilan enzim buah-buahan menggantikan pencuci kimia adalah idea yang baik dan dapat mengurangkan pencermaran persekitaran serta dapat menggurangkan alahan yang disebabkan oleh sabun kimia.

ahli kumpulan
Saya amat bangga dengan semua ahli kumpulan saya. Seperti yang diketahui kumpulan kami adalah campuran kaum serta program. Apabila saya dan Wong Jun Xiang mengemukakan idea sabun enzim buah-buahan dapati ahli kumpulan memberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada kami. Akhirnya kami tentukan sabun enzim sebagai produk kami. Semua ahli memberi komitment yang sepenuhnya. 

Pensyarah
saya berasa syukur atas bimbingan dan kepercayaan Pn. Fatin terhadap produk kami. Produk kami diluluskan oleh Pn. Fatin pada hari pertama perjumpaan. Selepas pembentangan Pn. Fatin mencuba produk kami. Ini melambangkan produk kami dapat perhatian Pn. Fatin atau matlamat kita berjaya iaitu menyemai semangat cintai alam sekitar.

komunikasi efektif
Memainkan peranan yang penting. Pada hari perlaksanaan projek, Saya dan Wong Jun Xiang menerangkan langkah- langkah proses fermentasi. Akhirnya semua ahli kumpulan dapat melaksanakan tugas tersebut. Jika komunikasi tidak berkesan ini akan menyebabkan proses fermentasi tidak berjaya.

pembelajaran sepanjang hayat
penghasilan enzim buah-buahan adalah sesuatu yang baru. Oleh itu, kumpulan kami ingin berkongsi idea tersebut dengan semua. 

Kepimpinan dan ber organisasi
pemimpin yang baik mampu membimbing ahli kumpulan ke arah kerjayaan. Dan ini dapat dilihat dalam kumpulan kami. Kami mempunyai semangat berpasukan dan bertanggungjawab semasa melaksanakan tugas.

pemikiran kritikal  dan kreatif
Saya berasa idea kami sangat kreatif kerana boleh dilakukan oleh semua lapisan masyarakat serta warga ukm. Bukan sahaja mengurangkan alahan pada kulit malah boleh mengurangkan penggunaan bahan pencuci kimia. 

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com