Pages

Sunday, 10 May 2015

Refleksi Dejing

Saya berasa sangat bersyukur dan gembira kerana mempunyai peluang untuk belajar Pembangunan Diri. Ini merupakan peluang yang sangat baik untuk saya mengeksploitasi benda dan ilmu yang baru.

REFLEKSI PROJEK
Produk yang kami hasilkan ialah cecair detergen yang dibuat daripada enzim buah-buahan. Produk ini sangat bermakna kerana ia merupakan produk yang mesra alam. Ia boleh membantu meminimumkan pencemaran alam sekitar. Selain itu, generasi yang muda seperti kami dapat menyedari bahawa kepentingan menjaga alm sekitar dan meggunakan produk mesra alam dalam proses membuat produk ini.

REFLEKSI AHLI KUMPULAN
Saya berasa bersyukur dan bangga kerana mempunyai ahli kumpulan yang baik. Kebanyakan dari ahli kumpulan merupakan bekas ahli kumpulan Pembangunan Diri semester yang lalu. Oleh itu, kami dapat bekerjasama sebagai aur dengan tebing untuk menyiapkan produk kami. Kami selalu mengadakan mesyuarat mini untuk berbincang tentang hal-hal produk kami.

REFLEKSI PENSYARAH,  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pensyarah kami, Puan Fatin Hazwani merupakan seorang pensyarah yang bertanggungjawab. Semasa kami ada masalah tentang projek kami, Puan Fatin akan membantu kami untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi. Saya sebagai seorang pelajar, saya mestilah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Puan Fatin kerana beliau telah banyak menolong kami supaya produk kami dapat dihasilkan.

REFLEKSI 4 ELEMEN PEMBANGUAN DIRI
Penyelesaian masalah
Kami akan menghadapi banyak masalah dalam proses menghasilkan produk kami. Dengan belajar Pembangunan Diri, kami telah dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang betul.

Komunikasi efektif
Kami telah bannyak menggunakan komunikasi dalam projek kami. Kami berkomunikasi secara sopan dengan ahli kumpulan dan pensyarah. Selain itu, kami juga berkomunikasi antara satu sama lain dengan efektif supaya projek kami dapat disiapkan dalam jangka masa yang diberi.

Kepimpinan dan kerja berpasukan
Saya berasa bersyukur kerana ketua kumpulan kami, Wong Jun Xiang merupakan seorang yang mempunyai sikap kepimpinan dan bertanggungjawab. Dia selalu memimpin kami dalam proses menghasilkan produk. Di samping itu, semangat berpasukan kami juga amat baik. Kami akan mengumpul pendapat semua ahli kumpulan sebelum membuat setiap keputusan.

Pengurusan dan pembelajaran sepanjang hayat
Proses membuat cecair detergen dengan menggunakan enzim buah-buahan merupakan pengalaman dan ilmu yang baru kepada saya. Saya berasa sangat gembira kerana deberi peluang untuk belajar benda dan ilmu yang berharga. Ilmu pengetahuan ini dapat digunakan sepajang hayat saya.

Konklusinya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami, Puan Fatin dan juga semua ahli kumpulan saya. Saya percaya produk ini tidak akan dihasilkan jika tanpa pertolongan anda semua.Sekali lagi saya ingin mengucapkan, Sekian Terima Kasih.

WRITTEN BY: CHONG DE JING

No comments:

Post a Comment

 

Template by BloggerCandy.com