Refleksi terhadap ahli kumpulan :
Sebagai ketua kumpulan untuk kumpulan BIG1OHERO ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih terdahulu kepada semua ahli kumpulan kerana telah memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada saya sepanjang berberapa bulan ini. Terima kasih atas pertolongan dan idea yang bernas daripda semua ahli kumpulan sepanjang masa penghasilan produk kita ini.
Saya amat bersyukur kerana kebanyakan ahli kumpulan BIG10HERO dalam Pembangunan Diri Sem 2 Set 1 merupakan bekas ahli kumpulan daripada Pembangunan Diri Sem 1 Set 1. Kami telah pernah bekerja bersama dan masing-masing mempunyai persefahaman antara satu sama lain. Bagi ahli kumpulan yang baru menyertai kumpulan ini, saya amat bersyukur kerana mereka masing-masing mempunyai kebolehan yang tersendiri dan telah memberi sumbangan yang amat besar kepada kumpulan kami. Mereka juga sangat mesra, berinisiatif dan bertanggungjawab. Bagi saya, ahli kumpulan BIG10HERO bukan sekadar ahli saja, tetapi mereka bahkan ahli keluarga saya kerana kami sering memberi galakan dan dorongan kepada satu sama lain sepanjang masa penghasilan produk. Semasa menghadapi masalah, kami juga bantu-membantu antara satu sama lain dan apabila gembira, kami nikmatinya bersama. Ini dikatakan sebagai ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Refleksi tugasan dan projek :
Saya berasa saya bangga terhadap produk hasilan kami iaitu cecair detergen yang diperbuat daripada enzim buah-buahan kerana ia membuahkan hasil yang memuaskan. Saya berasa tugasan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah Pembangunan Sem 2 Set 1 amat bermakna. Tugasan ini memerlukan kami berfikir secara inovatif untuk menghasil sesuatu product ataupun perkhidmatan yang baru yang belum sedia ada di pasaran. Untuk memenuhi kriteria-kriteria ini, saya dengan ahli kumpulan telah berbincang untuk masa yang agak lama dan akhirnya mengambil keputusan untuk menghasilkan cecair detergen ini. Kebanyakan daripada kami tidak pernah dengar tentang cecair detergen yang diperbuat daripada enzim buah-buahan dan juga tidak tahu tentang kegunaannya. Disebabkan oleh tugasan ini, kami telah mencari infomasi tentangnya melalui laman web dan kami telah mendapat banyak pengetahuan tentang enzim buah-buahan dan juga kegunaannya. Melalui tugasan ini. ia membolehkan saya untuk berfikir secara kreatif and inovasi. Selain itu, ia juga meluaskan pengetahuan saya. Tugasan ini juga telah mengeratkan hubungan antara ahli kumpulan dan juga menunjukkan beberapa kelemahan dan kelebihan yang ada pada saya sebagai ketua kumpulan yang saya akan bincangkan kemudian.
Refleksi kepada hasil pembelajaran dan pengajaran
Pensyarah pensyarah kami iaitu Pn Fatin Hazwani merupakan seorang pensyarah yang mesra terhadap pelajar-pelajar beliau. Beliau walaupun kelihatan serius, tetapi sebenarnya dia seorang yang sangat peramah dan suka bergurau dengan pelajar-pelajarnya dan menjadikan pengajaran dan pembelajaran semasa di Dewan Kuliah 2 tidak menjadi bosan tetapi sangat bersemangat. Beliau juga banyak memberi tunjuk ajar , pandangan dan sedikit nasihat kepada kami sepanjang penghasilan produk. Cara pengajaran dalam Pembangunan Sem 2 Set 1 adalah menarik dan mampu menimbulkan minat pelajar.
Refleksi 4 elemen pembangunan diri ialah komunikasi efektif, penyelesaian masalah, kepimpinan dan kerja berpasukan serta pengurusan dan pembelajaran sepanjang hayat.
1. Komunikasi efektif : Sepanjang masa menyediakan tugasan ini, kami telah mengamalkan komunikasi efektif seperti komunikasi berkumpulan. Dengan menggunakan komunikasi berkumpulan, kami dapat membahagikan tugas, berkongsi maklumat, berbincang, membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Kami juga mengamalkan komunikasi berasaskan teknologi. Sebagai contoh, kami telah menggunakan Facebook untuk berinteraksi dengan Pn Fatin, ahli kumpulan BIG10HERO dan juga pelajar dari kumpulan yang lain. Selain itu, kami juga menggunakan Whatapps untuk melakukan perbincangan sekiranya tidak menjalankan perjumpaan. Semua masalah ataupun pengumuman akan disampaikan kepada ahli kumpulan yang lain melaluinya.
2. Penyelesaian masalah : Kami mengahadapi banyak kekangan semasa menjalankan tugasan ini. Dengan mengikut langkah-langkah penyelesaian masalah yang pernah diajar dalam Pembangunan Diri Sem 1 Set 1, kami dapat menyelesaikan masalah yang kami hadapi itu seterusnya menjayakan tugasan kita. Antara masalah yang dihadapi adalah kekurangan infomasi tentang penghasilan enzim buah-buahan, kekurangan peralatan yang sesuai dan masalah salah faham antara ahli kumpulan.
3. Kepimpinan dan kerja berpasukan : Sepanjang masa sebagai ketua kumpulan, saya berasa masih terdapat banyak ruang untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan saya. Saya mengalami masalah dalam pembahagian kerja dan menyebabkan ada ahli kumpulan yang terpaksa membuat kerja lebih dan ada yang kurang. Selain itu, saya jarang menggesa ahli kumpulan saya dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dan menyebabkan kerja tidak siap pada masa yang ditetapkan. Terdapat beberapa masalah yang timbul disebabkan oleh komunikasi yang tidak efektif yang menyebabkan salah faham antara ahli kumpulan. Ini sedikit telah menyebabkan perasaan tidak senang di kalangan ahli kumpulan tetapi berkat kerjasama daripada ahli kumpulan, masalah dapat diselesaikan bersama.
Selain daripada kelemahan, terdapat juga beberapa kebaikan. Antaranya, dalam setiap perjumpaan dalam menghasilkan produk, saya dapat memberi arahan yang jelas kepada semua ahli kumpulan dan penghasilan produk boleh dikatakan berjaya. Selain itu, saya akan meminta pendapat daripada semua ahli kumpulan dalam membuat sesuatu keputusan kerana saya memandang berat terhadap pendapat-pendapat daripada ahli kumpulan.
Pengurusan dan pembelajaran sepanjang hayat : Melalui, tugasan ini, saya telah belajar cara untuk menghasilkan cecair detergen daripada enzim buah-buahan. Kemahiran ini tidak akan diajar oleh pensyarah di universiti. Sebagai seorang mahasiswa UKM, kami perlulah sentiasa mencari ilmu baru dari sumber yang berlainan dan bukannya menumpukan saja apa yang diajar oleh pensyarah universiti.
Akhirnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf kepada semua ahli kumpulan. Setiap manusia melakukan kesilapan begitulah juga dengan saya. Saya bukanlah seorang ketua yang sempurna tetapi saya akan belajar dari kesilapan saya pada kali ini dan mengukirkannya pada hati supaya saya akan ingat sentiasa dan tidak mengulangi semula. Selain itu, saya akan cuba untuk menggunakan segala kemahiran yang saya dapat melalui tugasan kali ini dalam aktiviti harian saya.
Sekian terima kasih ^^
Written By : Junxiang Wong
No comments:
Post a Comment