Pages

Friday, 15 May 2015

Jam Perjumpaan

Di sini merupakan kumulatif masa perjumpaan kami. Kami mengambil kira setiap perjumpaan termasuklah di dalam media sosial seperti Whatsapp. Jumlah masa perjumpaan adalah sebanyak 1044 jam. Di bawah ini merupakan penjelasan bagi setiap perjumpaan kami.

NOMBOR PERJUMPAAN
TARIKH
JUMLAH (JAM)
TUJUAN
1
3/3/2015
3
Perjumpaan pertama bersama Pensyarah,  Pn. Fatin
2
4/3/2015
3
Perjumpaan pertama kumpulan big10hero dan melantik ahli organisasi
3
25/3/2015
2
Bermain Facebook bersama pensyarah, Pn Fatin
4
26/3/2015
3
Penyedian produk (Fermentasi)
5
27/3/2015
1
Update blog
6
1/4/2015
2
Perjumpaan bersama Pensyarah, Pn Fatin
7
12/4/2015
4
Mencari maklumat tambahan: pengenalan dan prosedur
8
1/5/2015
12
Menyediakan Logo dan Poster Produk
9
5/5/2015
5
Memproses produk
9
6/5/2015
5
Pembentangan produk
10
7/5/2015
2
Update blog
11
11/5/2015
6
Sesi percubaan produk oleh warga UKM sesi 1
12
12/5/2015
6
Sesi percubaan produk oleh warga UKM sesi 2
13
13/5/2015
6
Sesi percubaan produk oleh warga UKM sesi 3
14
26/3 – 5/5/2015
984
Jumlah tempoh untuk proses fermentasi

JUMLAH
1044 (JAM)



Written by: Soo Shih Sheng

Sunday, 10 May 2015

Refleksi Zhafri Zamkhuri

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Sepanjang melaksanakan projek di bawah kursus citra Pembangunan Diri II terdapat beberapa perkara yang boleh dijadikan iktibar dan penambahbaikan pada diri saya sendiri yang boleh diterapkan untuk kegunaan masa hadapan lebih- lebih lagi setelah menjejakkan kaki di alam pekerjaan. Perkara perkara tersebut adalah:

1. Kita sentiasa diberi peluang dan berhak untuk menyuarakan pendapat dan melontarkan idea bagi          penambahbaikan dalam kumpulan.

2. Persefahaman dan hubungan yang baik antara ahli kumpulan merupakan satu elemen yang penting     bagi mencapai kejayaan dalam sesuatu objektif dan sebarang perselisihan fahaman haruslah                 diselesaikan secara terus dan berdiplomatik.

3. Kita haruslah berfikir secara kritis dan kreatif bagi mendapatkan hasil yang seperti diharapkan             malahan lebih lagi daripada yang dijangkakan.

4. Kurang kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia berkenaan masalah kesihatan dan alam sekitar        yang dihadapi pada era globalisasi ini.

5. Bahan semulajadi boleh digunapakai sehingga meninggalkan sifar bahan buangan seperti contoh,       kulit oren yang digunakan untuk menghasilkan cecair enzim boleh diperah sehingga kering dan            digunakan untuk membaja pokok.

6. Terdapat banyak cara penjimatan yang tidak diketahui oleh rakyat Malaysia bagi mengurangkan          perbelanjaan rumah.

 Setiap yang baik pasti ada keburukannya dan cara mengatasinya, oleh itu terdapat beberapa perkara yang dapat saya perbaikkan kelemahan yang terdapat dalam diri saya antaranya ialah:

1. Kekerasan kepala untuk mendengar arahan ketua kumpulan dan cara untuk mengatasinya adalah          melatih diri supaya sentiasa menerima arahan dan menilai arahan tersebut supaya tidak                        menurutnya secara membabi buta.

2.  Merasakan tidak banyak menyumbang kepada kerja kumpulan dan cara untuk mengatasinya                adalah dengan cara membahagikan dan menyediakan masa dengan lebih baik untuk                               menyumbangkan lebih banyak manfaat kepada kumpulan.

3.   Kurang berpengetahuan tentang produk yang akan dikeluarkan dan cara untuk mengatasinya               adalah dengan cara lebih banyakkan membaca demi menambahkan lebih banyak ilmu am.

Seterusnya, ingin saya berkongsi refleksi saya terhadap projek, pensyarah dan ahli kumpulan serta perangkuman projek terhadap empat elemen pembangunan diri, semasa berlakunya projek ini seharusnya terdapat beberapa kesulitan yang dihadapi oleh ahli kumpulan kami dan telah kami atasi dengan baik. Secara alwalnya kami berasa skeptik terhadap projek kerana memerlukan masa yang panjang untuk menyelesaikannya namun kami telah berjaya memenuhi masa yang diperuntukkan. Seterusnya, pandangan terhadap pesnyarah adalah amat baik kerana beliau cuba dan sentiasa membawa pembaharuan terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran dan memilih dengan cara yang agak unorthodox iaitu dengan menggunakan blog bagi pembuktian kursus. Selain itu, ahli kumpulan pula memberikan kerjasama dengan baik dan mempunyai percampuran kaum yang dapat mengeratkan hubungan antara kami walaupun agak janggal pada awalnya dan ini juga merangkumi salah satu elemen pembangunan diri iaitu komuniaksi efektif.



Akhir sekali, Jika perlu meletakkan segala pengalaman dan kelemahan diri sendiri, tidak mencukupi untuk meletakkannya secara tulisan dan segala ilmu yang dituntut di alam universiti ini haruslah dipratikkan  dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan masa hadapan. Sekian, Terima Kasih.



Refleksi Syahirah Ariffudin :)

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Saya amat berbangga dengan projek yang kami telah usahakan untuk subjek Pembangunan Diri II ini kerana ianya sungguh menarik sekiranya dipasarkan di luar sana. Refleksi yang saya dapat dari projek kami ini adalah walaupun  memerlukan sedikit usaha dan masa dalam mendapatkan hasil cecair detergent tetapi ianya tidak mustahil demi mendapatkan satu produk yang menjimatkan perbelanjaan, mesra alam sekitar dan bagus untuk yang berkulit sensitif. Apa yang boleh diperbaiki pada projek kami ialah pembungkusan cecair detergent supaya nampak lebih menarik dan mempelbagaikan jenis buah-buahan yang difermentasikan.

Refleksi tentang ahli kumpulan saya iaitu big 10 hero kebanyakkannya adalah yang positif kerana saya berasa senang berkerjasama dengan semua 9 ahli yang lain. Semua orang telah mengambil bahagian masing-masing dalam menjayakan projek ini. Walaupun ada sedikit masalah dan salah faham yang timbul antara kami tetapi kami telah menanganinya dengan baik. Antara perkara yang boleh diperbaiki dalam ahli kumpulan kami ialah pembahagian tugas yang sama rata secara adil dan saksama supaya tiada ketidakpuasan hati mana-mana pihak.

Manakala, refleksi kepada hasil pembelajaran dan pengajaran juga adalah positif. Pensayarah kami Puan Fatin Hazwani telah banyak memberi tunjuk ajar tentang pekara yang perlu dibuat seterusnya sentiasa mengingatkan kami untuk mengemaskini laman blog kami. Malah sikap beliau yang mesra dengan pelajar juga amat disenangi oleh semua pelajar. Hasil pengajaran dan pembelajaran untuk subjek ini membuatkan kami membuat kerja mengikut urutan yang betul.

Seterusnya refleksi dari segi 4 elemen Pembangunan Diri iaitu kemahiran komunikasi, pemikiran kritis dan penyelesaian masalah, kepimpinan dan kerja berpasukan serta pengurusan dan pembelajaran sepanjang. Kesemua elemen diatas dapat diterapkan melalui projek yang telah kami usahakan ini. Contohnya, kemahiran komunikasi telah dapat ditingkatkan dimana apabila kami memproses enzim tersebut di cafe, orang yang lalu-lalang bertanyakan tentang produk kami. Dari sini, kami dapat belajar cara menjelaskan sesuatu produk kepada para pengguna yang masih tidak tahu kewujudan cecair detergent dari buah ini. Elemen pemikiran kritis dan penyelesaian masalah juga telah dapat diterapkan dalam diri kami melalui projek ini kerana memikirkan sesuatu diluar kotak seperti cecair detergent adalah tidak mudah dan cara penyelesaian masalah tentang masalah yang dihadapi juga telah kami pelajari.

Kesimpulannya, projek yang kami jayakan untuk subjek Pembangunan Diri II ini sangat berguna untuk semua lapisan masyarakat dan semoga masyarakat terus mendapat pendedahan tentang cecair detergent daripada enzim buah ini. Dari projek ini juga, banyak nilai murni serta sifat kepimpinan yang dapat dipelajari sedikit demi sedikit. Sekian terima kasih.

Written By : Syahirah Binti Mohd Ariffudin

Refleksi Diana


Jika hendak diceritakan tentang pengalaman yang ditimba sepanjang menjalankan peojek "Love to Share, Share to Care" ini, satu kalam pun tdak akan dapat habis diceritakan. Walaubagaimanapun, banyak yang telah saya pelajari sepanjang projek ini berlangsung.

Perkara yang dipelajari:

1.  Dalam melakukan akivitiberkumpulan, kepercayaan terhadap setiap ahli kumpulan adalah sangat penting bagi memastikan kelancaran perjalanan projek.
         Contoh: Setelah kumpulan ditubuhkan, setiap satu daripada kami diberikan jawatan dan tanggungjawab untuk dijalankan. Untuk menjadi kumpulan yang teguh, kami perlulah percaya akan kewibawaan ketua kumpulan yang telah kami pilih.

2.  Keberanian dalam mengambil risiko semasa membuat sesuatu keputusan adalah sangat diperlukan lebih-lebih lagi pada saat-saat genting.
         Contoh: Semasa perjumpaan berama Puan Fatin Hazwani , kami diminta untuk berbincang dan hadir dengan satu produk yang lain daripada yang lain. Setelah berbincang, kami satu kumpulan sebulat suara, bersepakat untuk menghasilkan produk pencuci daripada bahan enzim. Risiko yang saya maksudkan di sini adalah tentang tahap keberhasilan produk kami. Hal ini kerana, saya dan ahli-ahli kumpulan tidak mempunyai pengalaman dalam menghasilkan produk ini. Walaubagaimanapun, produk tersebut telah berjaya dihasilkan.

3.  Amanah, bertanggungjawab serta berfikiran kritis dalam menjalankan tugasan yang telah diberikan oleh ketua kumpulan.
          Contoh: Setiap daripada ahli mempunyai tanggungjawab yang perlu dilakukan. Antaranya adalah mengemaskini aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di blog, proses-proses penyediaan produk seperti mencari bahan dan memotong, menyusun serta menyimpan produk untuk proses fermentasi. Penghasilan video testimoni produk yang dihasilkan turut menjadi salah satu skop kerja yang telah diamanahkan oleh ketua kumpulan dan ianya berjaya dihasilkan. Memandangkan ahli kumpulan saya tiada pengalaman menggunakan blog, oleh itu, saya juga telah berjaya menghasilkan blog  yang menjadi pusat perkongsian maklumat produk dan aktiviti kami dengan menggunakan kemahiran yang saya peroleh.

Masalah yang dihadapi:

1.  Kemahiran menggunakan Adobe Photoshop untuk penghasilan poster.
          Contoh: Saya telah ditugaskan sebagai Pegawai Pemasaran I. Antara tugasan yang perlu dilakukan adalah untuk menghasilkan poster untuk produk kumpulan kami. Walaubagaimanapun, saya kurang pengetahuan tentang menggunakan Photoshop bagi menghasilkan poster. Saya cuma mampu memberi sumbangan kepada Pegawai Pemasaran II idea dan gambar serta ilustrasi yang boleh digunakan sebagai bahan membuat poster tersebut.

2.  Masalah komunikasi dua hala.
         Contoh: Beberapa tugasan yang diberikan tidak jelas dan ddiberi penerangan secara rawak. Mungkin berlaku salah fahaman tentang pembahagian kerja yang perlu dilakukan.

Perkara yang boleh diperbaiki:

1. Meningkatkan lagi kemahiran dalam menggunakan aplikasi-aplikasi yang boleh membantu dalam menjayakan projek pada masa akan datang.
2. Sentiasa menyiapkan kerja tepat pada waktu yang ditetapkan dan tidak bertangguh dalam menyiapkan tugasan yang diberikan.
3.  Memantapkan lagi komunikasi dua hala dalam ahli kumpulan supaya dapat meningkatkan lagi proses penghasilan produk.


Refleksi Naqibah

REFLEKSI PEMBANGUNAN DIRI II

Bagi refleksi tugasan atau projek ini, saya mendapati bahawa keseluruhan projek ini telah berjalan lancar dengan kerjasama daripada semua ahli kumpulan. Projek penghasilan sabun enzim daripada daripada buah buahan ini merupakan pengalaman pertama saya untuk menghasilkannya. Pada mulanya saya agak kurang yakin dengan idea ini, tetapi setelah mendengar penerangan daripada Pengarah kumpulan kami iaitu Wong Jun Xiang saya yakin bahawa produk ini mampu dilaksanakan. Proses penghasilan produk ini telah mencapai tahap yang sangat memuaskan dan berjaya mencapai sasaran kami. Sabun yang dihasilkan mampu menghilangkan kesan minyak di atas pinggan yang kotor setelah kami sendiri mencubanya.

            Secara berkumpulannya, saya amat berbangga dengan kumpulan ini iaitu BIG 10 HERO.Walaupun sering mengalami kekangan masa untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan serta penghasilan projek, namun kami mampu mengatasinya. Disebabkan banyaknya program lain, kami semua mengambil inisiatif dengan membahagikan tugas mengikut kesesuaian ahli kumpulan. Selain itu, tiada masalah komunikasi atau kecelaruaan melainkan di whatsapp jika intepretasi salah.

            Selain itu, keberhasilan dan keberkesanan produk ini juga adalah dengan hasil tunjuk ajar dari pensyarah, Puan Fatin Hazwani. Beliau telah memberikan beberapa cadangan yang bernas untuk menaiktaraf penghasilan sabun ini. Di samping itu, beliau juga telah memberikan komen yang kritis dan membina untuk produk kami. Bagi pembelajaran dan pengajaran kami mampu memahami apa yang dipelajari dengan mudah. Input mengenai pembangunan diri II ini juga mudah di terima dan mendapat kesan di dalam diri kami. Teknik pengajaran juga sangat berkesan untuk menarik perhatian pelajar bagi subjek ini.


            Berdasarkan elemen yang diterapkan di dalam pembangunan diri II ini,
·    1.    Komunikasi.
       Kemahiran komunikasi dapat ditingkatkan di kalangan ahli 
       kumpulan.
- Contohnya komunikasi secara terus dapat menyampaikan maklumat yang tepat.
- Komunikasi melalui laman sosial seperti whatsapp yang memerlukan etika dan cara yang betul bagi tidak tersalah intepretasi maklumat.
·      
      2.    Pemikiran kritis dan saintifik
-   diaplikasikan di mana kami memikirkan cara pembuatan sabun tanpa menggunakan bahan kimia dan bagaimana ia boleh memberikan kesan.
·     
      3.    Pembelajaran sepanjang hayat
-   teknik ini dapat di gunakan di masa akan datang dan menjimatkan kos dan ia boleh diaplikasikan dan di ajar kepada masyarakat.
·         
       4. Keimpinan dan penyelesaian masalah
-    Melalui tugas yang telah dibahagikan dan bahagian yang harus dilakukan, setiap ahli mampu memimpin kumpulan agar dapat menyelesaikan tugasan pada masa yang ditetapkan.Penyelesaian masalah dapat dipraktikkan bagi mengatasi kesulitan yang terjadi.

       Kesimpulannya, Pembangunan Diri II ini mampu menjana pemikiran yang kritis dan meningkatkan lagi prestasi dan kebolehan yang ada di dalam diri. Selain itu, ia juga menguji kemampuan diri dan melatih  diri agar dapat menguruskan masa dengan pembelajaran dan penghasilan projek. Harapan saya agar teknik pembelajaran di dalam subjek ini dapat dikekalkan kerana ia merupakan satu platform untuk pelajar mengembangkan minda dan daya pemikiran.

            written by : NAQIBAH FATINI

Refleksi Faizzudin

Dalam beberapa minggu ini, saya telah diberikan tugas untuk membuat poster bagi produk kami iaitu cecair detergen yang diperbuat daripada buah-buahan. Dalam minggu ini juga ada beberapa perkara penting yang saya pelajari dan juga beberapa masalah yang dihadapi.

Perkara yang dipelajari:

  1. Saya dapat tahu cara-cara menggunakan Adobe Photoshop dengan mudah. Walaupun saya hanya belajar secara "basic" sahaja tetapi ia cukup untuk menanam minat saya dengan aplikasi tersebut.
  2. Dalam sesuatu kumpulan, pembahagian kerja haruslah adil dan saksama. Selain itu, setiap ahli kumpulan haruslah tahu job skop masing-masing berdasarkan jawatan yang diberi dan setiap ahli kumpulan haruslah bekerjasama.

Masalah yang dihadapi:
  1. Pelbagai perkara yang saya tidak tahu seperti cara-cara untuk menggunakan aplikasi Photoshop
  2. Komunikasi di antara ahli kumpulan di mana beberapa orang tidak dapat memahami arahan mungkin disebabkan masalah mengintepresasi sesuatu
Perkara yang boleh dinaik tarafkan:
  1. Perlu mengadakan lebih banyak berjumpa muka ke muka untuk menyelesaikan beberapa masalah komunikasi yang berlaku
  2. Tidak menangguhkan kerja untuk mengelakkan kelam kabut semasa membuat kerja
Beserta dengan beberapa perspektif iaitu refleksi terhadap projek, pensyarah, ahli kumpualan dan termasuklah 4 elemen pembangunan diri.

Pertama sekali, refleksi terhadap projek kami iaitu menghasilkan cecair detergen dari buah-buahan. Sejujurnya, saya sendiri tidak mengetahui jika produk ini betul-betul dapat menjadi cecair detergen yang boleh diguna. Tetapi dengan perspektif yang positif kami dapat melaksanakan produk ini dengan kuantiti yang banyak dan berkualiti. Daripada produk ini, saya telah mempelajari bahawa kita boleh membuat cecair detergen dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang tidak akan  menjejaskan kesihatan atau merosakkan kulit.

Kedua, refleksi terhadap pensyarah. Pensyarah yang menolong dan mementorkan kumplan kami ialah Pn Fatin Hazwani. Belaiu banyak menolong dan menasihati kami. Apabila kami memerlukan pertolongan, beliau tidak pernah tidak menolong kami. Beliau juga mudah untuk dihubungi. Belaiu snetiasa akan membalas message kami dari segi e-mel mahupun komen di laman sosial Facebook. Konklusinya, Pn. Fatin merupakan pensyarah yang sangat komited dan sangat baik hati dalam menolong pelajar-pelajarnya berjaya dalam hidup.

Seterusnya, rekleksi terhadap ahli kumpulan. Dalam beberapa minggu yang telah saya hadapai dengan ahli-ahli kumpulan saya, pelbagai halangan dan cabaran kami hadapi. Dengan semua cabaran yang dihadapi, saya percaya ahli kumpulan saya terdiri daripada orang-orang yang berkaliber dan berpotensi untuk menjadi seorang pemimpin kepada ahli kumpulan, masyarakat dan juga negara. Konklusinya, saya sangat selesa bekerja dengan mereka kerana semua memberi komitmen 100% dalam menjayakan produk ini.

Akhir sekali, refleksi dari segi 4 elemen pembangunan diri iaitu komunikasi efektif, pemikiran kritis dan kreatif, pembelajaran sepanjang hayat dan kepimpinan dan kerja berpasukan. Terbuktilah sepanjang proses membuat produk ini, saya dapat implemen kesemua elemem pembangunan diri. Konklusinya, projek untuk kursus ini dapat mengasahkan elemen-elemen penting bagi membangunkan diri kita.

Secara konklusinya, saya harap projek ini dapat berjalan walaupun kursus ini telah tamat. Hal ini kerana objektif utama untuk melaksanakan produk ini ialah untuk mendidik masyarakat untuk menggunakan produk yang semula jadi dan tidak menjejaskan kesihatan.

  • Written by: Ahmad Faizzudin

Refleksi Amanda

Love to Share, Share to Care. Inilah tajuk projek yand dipilih oleh saya dan bersama ahli kumpulan saya dan ia berjaya dilakukan. Setelah melalui 1044jam perjumpaan, akhirnya, hasil yang kami perolehi memang memuaskan dan kami berasa sangat puas hati. Walaubagaimanapun, saya juga telah mempelajari pelbagai perkara dan berhadapan dengan pelbagai rintangan.

Perkara yang telah saya pelajari seperti berikut :

1. Komunikasi sesama ahli kumpulan itu sangat penting unutk memantapkan lagi perkara yang hendak dilakukan.

2.  Kerjasama dalam kumpulan amatlah penting jikalau ada antaranya yang tidak memberi kerjasama, projek ini tidak akan membuahkan hasil yang hebat dan mungkin akan juga memberi banyak kepincangan kepada projek tersebut.

3. Menyelesaikan masalah. Ayatnya memang mudah sekali untuk dikatakan. Tetapi untuk menyelesaikan masalah kita haruslah bijaksana untuk memikir dan memilih solusi yang terbaik untuk semua dan bukan hanya diri sendiri sahaja.

 Masalah- masalah yang dihadapi:

1. Komunikasi yang kurang efektif. Ini berlaku kerean mungkin ia mempunyai kelemahan dalam cara berkomunikasi dan salam faham dalam skop kerja.

Perkara yang boleh diperbaiki:

1. Perkara yang boleh di lakukan pada waktu semasa harus dilakukan dahulu. Untuk mengelak kerja pada saat terakhir,

Kesimpulannya dalam Pembangunan Diri II ini, saya dapat mengetahui komunikasi yang efektif antara ahli kumpulan dan juga pensyarah kami yang begitu dedikasi serta banyak membantu kami dalam projek ni.  

 

Template by BloggerCandy.com